Kerja pembangunan telah 100% siap, namun kekurangan dana RM75K untuk bayaran terakhir kepada kontraktor.
Pihak Pengurusan MTDQ mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua penyumbang. Pembangunan madrasah telah pun siap 100% dan kini seramai 23 orang anak-anak tahfiz sudah memulakan pembelajaran di madrasah kami. Namun demikian, kami masih lagi memerlukan dana untuk melunaskan pembayaran akhir sebanyak RM75,000 kepada kontraktor. Kami merayu bantuan daripada Allah SWT semoga pihak Tuan/Puan/Dato'/Datin sudi memberikan sumbangan supaya kerja pembangunan dapat diteruskan dalam masa terdekat.
Dengan Izin Allah, sumber kewangan utama kami pada masa ini ialah 30% dari kutipan yuran (RM200 setiap pelajar yang berkemampuan) dan 70% dari infaq orang ramai dan AJK pengurusan sendiri. Seperti mana Tuan/Puan sedia maklum dengan kenaikan pelbagai kos sara hidup, tarif elektrik dan pelbagai lagi; pihak madrasah amat berbesar hati sekiranya Tuan/Puan dapat membantu sedikit sebanyak sama ada wang ringgit atau bahan mentah untuk pelajar-pelajar tahfiz di sini.
Keberkatan rezeki seseorang itu berdasarkan kehendak Allah SWT, dan dalam masa yang sama, Allah menjelaskan kepada Rasulullah SAW tentang cara untuk menggapai keberkahan rezeki itu, iaitu dengan cara infaq dan membayar zakat. Ini sebagaimana yang disebutkan dalam firman Allah SWT:
قُلْ إِنَّ رَبِّى يَبْسُطُ ٱلرِّزْقَ لِمَن يَشَآءُ مِنْ عِبَادِهِۦ وَيَقْدِرُ لَهُۥ ۚ وَمَآ أَنفَقْتُم مِّن شَىْءٍۢ فَهُوَ يُخْلِفُهُۥ ۖ وَهُوَ خَيْرُ ٱلرَّٰزِقِينَ
Maksudnya: “Katakanlah (wahai Muhammad): ‘Sesungguhnya Tuhanku memewahkan rezeki bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya di antara hamba-hambaNya, dan Ia juga yang menyempitkan baginya; dan apa sahaja yang kamu dermakan maka Allah akan menggantikannya; dan Dia lah jua sebaik-baik Pemberi rezeki’.”