Kerja pembangunan telah 100% siap, namun kekurangan dana RM75K untuk bayaran terakhir kepada kontraktor.
Sistem Pengajian di MTDQ terbahagia kepada dua kategori :
Kelas Hafazan 30 Juzuk
Kelas Syahadah & Mengulang
Ianya adalah pengenalan kepada huruf-huruf Asas Al-Quran dan tajwid sambil diterapkan Tarannum Khusus Panipati. Kaedah pembelajaran adalah dengan menghafaz dan tempoh hafazan selama 3 bulan maksimum
Peringkat ini adalah peringkat pengukuran untuk mengetahui sama ada pelajar layak dan berkemampuan menghafaz 30 juzuk atau tidak. Tempoh hafazan adalah satu tahun. Sekiranya pelajar tidak mencapai tahap yang dikehendari, pelajar boleh terus diserapkan ke Pengajian Kelas alim.
Peringkat ini adalah lanjutan hafazan 30 juzuk Al Quran dan seterusnya. Seandainya pelajar melepasi ujian di atas. Tempoh hafzan yang ditetapkan adalah 3 tahun hafazan dan 1 tahun mengulang. Setelah tempoh 4 tahun, pelajar bolehlah khatam sebagai hafiz atau hafizah
Peringkat ini adalah kesinambungan dari SYAHADAH yang telah dicapai oleh pelajar sebagai Al-Hafiz. Pada peringkat ini, pelajar semestinya mampu untuk mengimami Solat Sunat Tarawih (30 Juzuk). Pelajar akan menduduki peperiksaan dan disahkan oleh Wakil Wifaqul Mudarris (Lembaga Peperiksaan) Negara Pakistan
Asas Al-Quran dan Tajwid
Kitab Kaedah Nurani
Tahfiz
Kitab Al-Quran
Asal Fardhu Ain
Kitab Panduan Ibadat Muslim
Syahadah 30 juzuk
Mampu untuk mengimami Solat Sunat Tarawih dengan membaca 30 juzuk
Lulus peperiksaan yang disahkan oleh Wakil Wifaqul Mudarris
Program Pengajian Syahadah dan Tahfiz Al-Quran (Lelaki)
Jantina : Lelaki
Umur : Bawah 18 Tahun
Kelulusan : UPSR atau KAFA (digalakkan)
Boleh membaca Al-Quran dan tulisan Jawi dengan baik
Berakhlak baik
Setuju melalui pemeriksaan kesihatan
Lulus temuduga
Sedia mematuhi undang-undang dan tatatertib madrasah dan pengajian
Menginap di Madrasah
Memuliakan para Asatizah
Yuran Kemasukan
Pendaftaran : RM 100 (sekali sahaja)
Makan dan minum : RM 200 sebulan
Pengajian, Asrama dan kitab : Percuma
Sila hubungi pihak pengurusan sekiranya pelajar memenuhi syarat kemasukan tetapi tidak berkemampuan menyediakan dana untuk pendaftaran atau makan/minum. InsyaAllah kami ada usahakan.